Buat semua pengunjung fotopages ni, saya nak ucapkan ribuan terima kasih buat kalian semua yang tak putus-putus berkunjung ke sini. Agak berat untuk mengucapkan 'Selamat Tinggal' ...
Selama hampir empat tahun di bumi asing ni, halaman ini menjadi salah satu pelengkap hidup setiap hari. Melalui fp nilah, saya belajar banyak perkara... mendapat kenalan baru...walaupun tak pernah bersua tapi komen2 dan sikap ambil berat kalian sentiasa menjadi penghibur Jugak melalui fp saya dpt bljr byk pkra, bljr nak improve skill fotografi, skill memasak dll.
Pastinya setiap detik di bumi asing ini akan terpahat kukuh di sanubari... putihnya salji, jugak hembusan angin dingin angin sepoi2 bahasa musim panas, kilauan warna daun musim luruh dan warna-warni bunga-bungaan musim bunga pastinya akan dirindui. Tapi di sini bukan tempatnya untuk kami meneruskan hidup... masih ada tanggungjawab yang menanti di tanahair tercinta. Juga ramai insan 2 tersayang yang menanti di sana....
Akhir kata... terima kasih buat semua yang sudi menjadi teman dan sahabat ... sama ada pengunjung setia yang tak mampu nak disenaraikan setiap satunya... juga buat pengunjung bisu fp ini.... kami mohon mengundur diri daripada halaman ini. sekiranya masih sudi lagi meneruskan persahabatan boleh tinggalkan pesanan/e-mail di 'private message'. Maaf andai ada salah silap.
InsyaAllah ada kelapangan saya akan menjenguk halaman kalian... walaupun fp ini tak akan aktif lagi selepas ini.
Dah nak tutup pulak ke? Alahai sedih nya... makin ramai yg mengundur diri Tapi takpe hope we still keep in touch ye... Selamat Hari Raya Nnti kita singgah umah baru lak
Mon 29-Sep-2008 22:52 Posted by:~ niza et sofia ~ - [Link]
oklah gee..harap2 pengunduran gee dr dunia fp takkan memutuskan tali silaturrahim antara kita k...email dah ada, sering2lah hantar berita
Salam buat gee sekeluarga...dah nak balik msia ke...apa2 pun moga gee dan family sejahtera walau di mana berada...selamat hari raya, maaf zahir batin...
Salam Aidilfitri kak Gee!
Lme xdpt masuk fp nii..tup-tup daah nk blk msia ye! bler flight?
Nway, comelnyer anis pki bju tuh, next kn? hehe...tgk cam dh makin tgi la...
Knp, lps ni fp dh tak aktif ke? cmn nk kontek?
Maaf zahir batin ye...
Sun 5-Oct-2008 18:04 Posted by:~Ummi_Zahin~
selamat hari raya gee...nak balik malaysia dah ker?..aritu tak dapat masuk sbb ada password...tup2 dapat bukak dah nak balik mesia....papa dah abis study yerk?....selamat pulang ke tanah air...
>> it has been nice knowing you...
>> lagi manis kerana dari laman inilah saya saksikan sendiri macam mana anis membesar sedikit demi sedikit...
>> semoga persahabatan ini tidak tamat walaupun FP ini tamat riwayatnya...
Thu 9-Oct-2008 19:52 Posted by:<< jeff >> - [Link]
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat mamaAnis sekeluarga. maaf zahir batin andai ada salah dan silap.
ohh dah balik M'sia, beraya di M'sia ya...tentu seronok dpt jumpa sanak saudara setelah lama di rantauan.semoga dipermudahkan semua urusan dan sejahtera selalu.
nak tutup Fp ke...tak dptlah tengok keletah Anis yg manja tu....
salam kak gee............... alahai napa fp ni tutup kak gee..
napa mengundurkan diri kak gee.... kak gee dah ada rumah baru yer....
alahai lama dah fiza tak jenguh sini
alih2 masuk sini dapat berita ni plak.........
aduhai ramai jugak yg nak tutup fp yer.....
napa yer..............
neway, salam aidilfitri dari kami...........
salam syawal gee..
dah nak balik m'sia rupanya.. diam2 je ye..
jangan le tutup terus fp ni.. kat sini nanti leh sambung balik k..
moga kita tak terputus hubungan..
Sat 8-Nov-2008 00:56 Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com - [Link]
Kak gee, apa kabar?
ni hp no izu 019-6653396..
bler nk update fp ni? kami sume dh rindu sama anis!
Thu 13-Nov-2008 19:54 Posted by:~Ummi_Zahin~
lama dah tak jengok anis,...tup2 dah nak berudur dari dunia fp..kenapa?..duk malaysia pun still boleh fp.... ..oklah selamat kembali ke tanah air tercinta....bila nak berangkat?
dah lama xjenguk sini...bape kali jenguk sbelom ni xleh masuk, paswod protected..
tup2 kali tengok anis dah nak blk mesia...
xper la per2 pon smga gembira membina hidup di mesia pulak yer...
Sun 25-Jan-2009 16:29 Posted by:hijanahhafiizh - [Link]
Baru nak menghulur salam perkenalan ..
Tak pela.. Just tinggalkan jejak...
---------------------------------------------------------------------------------
~Jom shopping @ http://little1store.blogspot.com/~ ~Koleksi menawan utk yang tersayang, harga menarik & berpatutan~