By: gee nasrul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Apr-2008 11:56 Email | Share | Bookmark
Play-play time di Legoland

okeylah, entry yang dah tertangguh lama ni.... maklumlah sekarang Anis sibuk skt... berjemur dan main kat luar rumah sementara matahari dok memancar nie tapi kali nie Anis taknak cerita pasal aktiviti play-play kat rumah (aktiviti biasa ajer, mama pun malas tangkap gambar anis main benda yang sama) Sambung balik aktiviti play-play anis masa kat legoland ari tue.

Kalau nak ikutkan anis nak main semua yang ada kat situ (termasuklah papa dengan mama Anis yang excitednya nak main sebenarnya), tapi kat situ ada 'height & safety restrictions'. Ada setengah menan tu Anis tak blh main/naik sebab tak cukup tinggi ~minimum 0.9m ~ diorang siap ada pengukur lagi utk ukur ketinggian kekanak yang nak main jd melepaslah Anis nak naik semua rides yang ada kat situ.

Walau bagaimanapun banyak jugak yang Anis blh naik tp bersyarat plak ~ mesti ada org dewasa yang temankan ~ sapa lagi yang nak escort Anis kalau tak mama dgn papa Anis. Diorang happylah sebab ada chan nak naik semua tue





*** gambar hiasan sahaja ... mana Anis?? Anis tak bleh main yang di atas huhu yang 1st Anis naik Ferries Wheel. Ala-ala naik London Eye plak tp kecik ajer... dari atas wheel nie Anis blh nampak Legoland sepenuhnya.




Lepas tu, Anis naik corousel plak dgn mama (sebenarnya mama yang nak naik tu tp malu nak naik sensorang sib baik ada Anis blh temankan)






Lepas dah naik real train, Anis naik train mini train plak, kali nie naik berdua dgn mama... bestnya naik train nie tak puas plak... br je nak enjoy train tu dah stop. Petangnya Anis naik lagi skali ... kali nie dgn papa plak (cover line sket ~ nnt org cam plak naik dua kali)



Dah puas naik train, Anis naik sampan plak kat Fairy Tale. fairy Tale nie dibuat berkonsepkan cerita2 dongeng omputeh, cerita utama 'Red Riding Hood' (ye ke tajuk nie Anis tak ingatlah) dan ditambah dgn watak2 fairy tale yg lain termasuklah sleeping beauty, aladdin, rapunzel etc (maaflah Anis tak ingat sgt lah watak2 fairy tale omputeh nie)



kat sini jugak Anis belajar bawak 'hot air balloon' ... susah jugak nak kawal belon panas nie....



Selain bawak belon panas tue, Anis ada jugak bawak teksi lego... siap ada penumpang mat saleh lagi, Anis bawaklah penumpang tu pusing2



Penat main, kebetulan hari hujan plak, jadi masuklah workshop kejap main dgn lego besar... tp cam papa Anis plak yang beria2 main lego besar tue



Masa Anis dok asyik main lego besar tue, boleh plak mama gi naik 'sky rider' tu sensorang.. apa lagi bila Anis dapat tau... frustlah Anis uwaaaaa



Anis main2 kat Duplo PlayTown ... kiranya playgroundlah kat sini, main panjat2, gelonsor dan jongkang-jongkit



Sementara nak tunggu balik (janji dgn ahli rombongan pkl 6 p.m) Anis ajak mama & papa naik lagi skali mana2 rides yang boleh naik tue. Lagipun bukannya pekerja kat situ cam pun muka kami. Cukuplah dulu Anis berceloteh pasal Legoland nie yer... Anis dah penat dan ngantuk ni... nanti Anis suruh mama anis buat sambungan seterusnya yer.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net