By: gee nasrul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 27-May-2008 12:40 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti Anis di rumah

dancing
belon
combat
View all 5 photos...
kalau tak keluar, inilah antara aktiviti cik Anis dalam rumah... daripada sekecil2 benda pun boleh buat mainan... budak2 memang kretip











Friday, 23-May-2008 09:12 Email | Share | | Bookmark
Anis ~ Jalan-jalan Kota London

Sambungan entry yang lepas jugak... kali nie kami ke London naik train plak ( 1 jam 10 min). Maklumlah cuaca panas, kalau naik bas , berasap plak..kene plak time jam. Perjalanan dengan kereta/bas selama 2 jam ++ dari Coventry nie, bergantung pd trafik.

Anis blm sampai lagi kat Tower Bridge tue, jadi alang2 dah ddk England nie kene lah jejak kaki walau sekali kat situ. Mama dgn papa dan bbrpa kali sampai. Pernah sekali sempat tgk bridge tu bukak sebab ada kapal nak lalu kat bawahnya. Walaupun dah bbrpa kali ke sana, tetap tak puas tgk senibinanya.















Sempat singgah makan kat cafe Bonda (thanks Syasya Leeds sbb bg direction). Boleh tahan jugak rasa masakannya...dan harga pun berpatutan.






Wednesday, 21-May-2008 09:40 Email | Share | | Bookmark
Little Datin

 
 
Assalamualaikum wbt
Lama mama Anis tak update fp... bukan sebab kami pergi melancong....cuma kesuntukan masa sket (macamlah buzy sangat ). Sebenarnya sejak seminggu yang lalu , mama dengan Anis ada projek besar. Projeknya ... nak stop breasfeed Anis. Nampak macam mudah jer kan??

Sebenarnya ... mmg mama berhajat nak menyusu Anis sampai umur Anis 2 tahun. Jadi menjelang b'day Anis tak lama lagi... kene ambik langkah awal untuk berhenti susu badan. Kalau ditangguh lagi lama, lagi susah nak stop. Hari2 pertama agak mencabar jugak, maklumlah Anis nie sejak lahir mmg tak minum susu lain. Sebelum ni , kitorang dah try bg fresh milk, susu formula , soya etc..semua tak jalan. Cuma jus ajer yg diterimanya. Makan pun kurang. Jadi, mama agak teragak2 dan berat hati nak stop bf ni.

Bila tanya pandangan mak kat kg, baru ada kekuatan. Betullah kata mak, bila Anis dah tak menyusu badan, dia akan mula makan benda lain (kes lapar lah). Cara yg mama guna, letak pewarna merah dekat breast. Bila Anis tgk trs tak nak. Skrg pun bila offer , di a dah tak nak Lega mama Cuma kene stok fresh milk bebanyak.

Hari nie hari kelapan secara rasminya Anis lepas susu badan. Mama lega sesangat sebab ~ mama boleh makan dengan amannya sbb dah takde budak mengacau bila mama makan. Naik kereta pun dah aman sbb Anis dah nak duduk kat carseat dengan sopannya . Cumanya bila waktu malam , mama kene bangun buatkan susu untuk Anis (at least sekali) Takpelah, buat sementara waktu nie layan aje lah dulu.

Ok..ni gambar Anis masa nak gi kenduri kesyukuran last weekend.... dengan relahati nak pakai tudung. Sampai ajer kat rumah kenduri, terus tudung melayang







Friday, 16-May-2008 09:56 Email | Share | | Bookmark
Anis versi Trafalga Square plak

Masa ikut papa ke London baru2 nie, Anis sempat singgah kat Trafalgar Square yg femes ni. Ramainya org hari tu..maklumlah panas terik... diorang siap rendam kaki dalam kolam air pancut tu. Anis pun nak jugak berendam dalam tu, tapi mama tak kasi plak

Ni kali kedua lah kalau nak diikutkan Anis sampai kat sini. Yang 1st dulu masa bulan tiga thn lepas, tapi masa tu Anis tak boleh jalan lagi..jadi tak boleh lah kejar2 pigeon. Kali ni Anis dapat kejar pigeon yang banyak kat situ macam yang Anis selalu tengok kat tv. Terima kasih papa sebab bagi pengalaman berharga untuk Anis ni. Untie dan uncle di luar sana, layan ajerlah gambar2 Anis kat TS ni ye




Sedikit maklumat tentang pembinaan TS nie :
Quote:
Throughout the 1800s, the area in and around the square went through some major changes. In 1832 work began on the National Gallery, based on designs by the architect William Wilkins. Once this work was completed, in 1838, Sir Charles Barry (architect of the Palace of Westminster) presented a plan for the development of Trafalgar Square. Barry’s proposal included an upper terrace next to the National Gallery and a lower level square, linked by a staircase and including the Nelson memorial statue and two fountains.

In 1843 Nelson’s Column, designed by William Railton, was erected, and in 1845, the fountains were built based on designs thought to be by Sir Charles Barry. Sir Edwin Landseer designed the bronze lions that were placed on guard at the base of Nelson’s Column in 1867. In 1876, the Imperial Measures - detailing inches, feet, yards, links, chains, perches and poles - were set into the north terrace wall. When the central staircase was added, the measures were relocated, and you can now find information about them outside the café on the square





Singa besar nie ada empat semua, duduk di empat bucu Nelson's Column tue... desidgnernya Sir Edwin Landseer..tujuan dibina tugu singa2 nie untuk protect Nelson's Column tu




Berhampiran dengan TS nie ada National gallery...sapa2 yang minat tgk lukisan blh la singgah..free ajer masuk...Anis layan berposing depan national gallery ajelah





Wednesday, 14-May-2008 17:53 Email | Share | | Bookmark
Anis Foto shoot @ Tower Bridge ~ majalah baru di pasaran

Projek terbaru Anis.... covergirl empat magazine terus... so... apa tunggu lagi... dapatkan di pasaran sekarang.... pilih mana satu yg anda suka....






*** more story to come after the break


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net