By: gee nasrul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 18-Jul-2008 18:26 Email | Share | | Bookmark
Anis @ Disneyland Park

Sebahagian gambar2 Anis di Disney Park ... rasa nak tercabut bijik mata nak memilih gambar2 nie... layan la yer...












Tuesday, 15-Jul-2008 18:09 Email | Share | | Bookmark
Si Baju Merah

Kali ni saja nak display gambar cik Anis berbaju merah, satu di pakai masa pogram Sabtu lepas. yang baju kurung tu Anis pakai hari nie, dia sendiri yang pilih nak pakai baju kurung.. jadi mama bagi yang size paling kecik lah senang Anis nak main lari2 dalam rumah. Tu pun kainnya asyik terlondeh ajer. Takde gi mana pun, duduk rumah jer. Layan jelah cik Anis ni masak-masak kat belakang rumah (dapur tu mama nak basuh sebenarnya tapi memandangkan ada 'pembantu khas' kene lah tunggu pembantu tidor dulu). sapa nak try resepi Anis ni bolehlah mintak resepinya








Thursday, 10-Jul-2008 18:15 Email | Share | | Bookmark
Jom layan gambar budak yang suka posing







Quote:
Anis sekarang ... suka cakap... non-stop cakap, tapi kalau depan orang pandai plak dia control Anis suke dilayan...suke mengekor mana mama pegi terutama kalau tgk mama pakai tudung (takut kene tinggal) kalau nappy basah dah pandai ckp n bukak sendiri nak tido malam kene layan baca buku dulu. Yang paling tak tahan .... Anis suuuuke cucuk jari dia yang halus tu dalam idung papa dgn mama


Tuesday, 8-Jul-2008 17:51 Email | Share | | Bookmark
Hadiah Khas buat Anis ~ Disneyland Resot Paris ~

Assalamualaikum wbt
Nampaknya cuaca berubah lagi... hari2 hujan jadi nak keluar main kat garden atau jalan2 ke playground pun terasa malas. jadi hari minggu baru2 ni diisi dengan berselimut kat rumah dan gi shopping2 sket cari barang keperluan. Kali ni nak cerita tentang kunjungan ke Disneyland baru-baru ni.

Perjalanan bermula dari Coventry ke London terus ke Paris menaiki Eurostar sekali lagi. Transit di Lille untuk tukar train dan terus sampai di Disneyland Resort. Sampai kat sana pusing2 sekejap kat Disney Village, gi check-in hotel dan sambung jenjalan balik. Memang tujuan kali ni hanya ke Disneyland...jadi takde episod merewang ke kota Paris. Enjoy the picture.














Thursday, 3-Jul-2008 10:14 Email | Share | | Bookmark
Amsterdam River Cruise

Assalamualaikum w.b.t
Dah abih demam Euro... sekarang demam tenis Wimbledon plak. Apa-apa hal pun kita sambung balik cerita kat Amsterdam.

Lepas dah penat jalan-jalan pusing Amsterdam city dan sightseeing, Anis naik cruise plak utk tengok apa yang ada kat Amsterdam nie. Banyak la plak sungai kat sini sampaikan dah lupa namanya. Macam2 yang dapat disaksikan ~ rumah2 bot sepanjang sungai tu (ala-ala rumah rakit kat tempat kita, bezanya diorang tinggal dalam bot) , penganting baru yang meraikan hari bahagia mereka atas bot, bangunan2 yang macam2 bentuk dan yang paling tak dapat dilupakan bot yang kami naik tu terlanggar rumah rakit kat situ sebab mengundur nak bg bot dr depan lalu. Lepas tu bot kami kene saman dengan polis marin Jom layan .....










Satu lagi, kat Amsterdam ni baaaaanyak sangat basikal. Macam2 bentuk. Siap ada parking bertingkat lagi. Takde ke kes tertukar basikal?? Yelah...dah banyak sangat basikal................. yang parking versi maut pun ada jugak. Kalau tengok macam nak jatuh je dalam sungai tu






Habislah kisah di Amsterdam....banyak lagi gambar tapi simpan jelah sebagai memori, kalau ada kesempatan mungkin boleh dipaparkan pada masa akan datang. Segala pengalaman di sana amat berguna. Dengar orang cerita tak sama dengan peluang dapat tengok sendiri.


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net