By: gee nasrul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Thursday, 3-Apr-2008 19:13 Email | Share | | Bookmark
Miniland plak

Masih lagi cerita di Legoland... dalam Legoland nie ada satu taman mini yang di dalamnya dibuat mini mercu tanda yg terkenal kat dalam UK dan juga negara Eropah yang lain.... semuanya kecik2 ajer...dibuat menggunakan lego jugak. Ada London Eye, Buckingham Palace, Trafalgar Square, Royal Guard mini siap berbaris lagi, Stonehenge, pusat angkasa NASA dengan roket yang bersedia nak berlepas dan macam2 lagilah. Kalau nak tau kene gi sendiri... baru puas hati.























*** Model kecik kami baik punya posing sebab dah kepenatan dan kemengantukan


Wednesday, 2-Apr-2008 11:56 Email | Share | | Bookmark
Play-play time di Legoland

okeylah, entry yang dah tertangguh lama ni.... maklumlah sekarang Anis sibuk skt... berjemur dan main kat luar rumah sementara matahari dok memancar nie tapi kali nie Anis taknak cerita pasal aktiviti play-play kat rumah (aktiviti biasa ajer, mama pun malas tangkap gambar anis main benda yang sama) Sambung balik aktiviti play-play anis masa kat legoland ari tue.

Kalau nak ikutkan anis nak main semua yang ada kat situ (termasuklah papa dengan mama Anis yang excitednya nak main sebenarnya), tapi kat situ ada 'height & safety restrictions'. Ada setengah menan tu Anis tak blh main/naik sebab tak cukup tinggi ~minimum 0.9m ~ diorang siap ada pengukur lagi utk ukur ketinggian kekanak yang nak main jd melepaslah Anis nak naik semua rides yang ada kat situ.

Walau bagaimanapun banyak jugak yang Anis blh naik tp bersyarat plak ~ mesti ada org dewasa yang temankan ~ sapa lagi yang nak escort Anis kalau tak mama dgn papa Anis. Diorang happylah sebab ada chan nak naik semua tue





*** gambar hiasan sahaja ... mana Anis?? Anis tak bleh main yang di atas huhu yang 1st Anis naik Ferries Wheel. Ala-ala naik London Eye plak tp kecik ajer... dari atas wheel nie Anis blh nampak Legoland sepenuhnya.




Lepas tu, Anis naik corousel plak dgn mama (sebenarnya mama yang nak naik tu tp malu nak naik sensorang sib baik ada Anis blh temankan)






Lepas dah naik real train, Anis naik train mini train plak, kali nie naik berdua dgn mama... bestnya naik train nie tak puas plak... br je nak enjoy train tu dah stop. Petangnya Anis naik lagi skali ... kali nie dgn papa plak (cover line sket ~ nnt org cam plak naik dua kali)



Dah puas naik train, Anis naik sampan plak kat Fairy Tale. fairy Tale nie dibuat berkonsepkan cerita2 dongeng omputeh, cerita utama 'Red Riding Hood' (ye ke tajuk nie Anis tak ingatlah) dan ditambah dgn watak2 fairy tale yg lain termasuklah sleeping beauty, aladdin, rapunzel etc (maaflah Anis tak ingat sgt lah watak2 fairy tale omputeh nie)



kat sini jugak Anis belajar bawak 'hot air balloon' ... susah jugak nak kawal belon panas nie....



Selain bawak belon panas tue, Anis ada jugak bawak teksi lego... siap ada penumpang mat saleh lagi, Anis bawaklah penumpang tu pusing2



Penat main, kebetulan hari hujan plak, jadi masuklah workshop kejap main dgn lego besar... tp cam papa Anis plak yang beria2 main lego besar tue



Masa Anis dok asyik main lego besar tue, boleh plak mama gi naik 'sky rider' tu sensorang.. apa lagi bila Anis dapat tau... frustlah Anis uwaaaaa



Anis main2 kat Duplo PlayTown ... kiranya playgroundlah kat sini, main panjat2, gelonsor dan jongkang-jongkit



Sementara nak tunggu balik (janji dgn ahli rombongan pkl 6 p.m) Anis ajak mama & papa naik lagi skali mana2 rides yang boleh naik tue. Lagipun bukannya pekerja kat situ cam pun muka kami. Cukuplah dulu Anis berceloteh pasal Legoland nie yer... Anis dah penat dan ngantuk ni... nanti Anis suruh mama anis buat sambungan seterusnya yer.


Monday, 31-Mar-2008 13:41 Email | Share | | Bookmark
Permulaan yang baik & sesi balas dendam

Ganas plak tajuk entry nie nak balas dendam apa ek?? sebenarnya bukan nak buat yang tak elok... nak balas dendam basuh kain baju lah!! maklumlah cuaca sejak bbrpa minggu lps tak menentu, sekejap sejuk, hujan, ribut & berangin jd banyaklah plak koleksi kain-baju yg menunggu giliran nak masuk mesin basuh bila basuh nak menunggu kering mau tunggu 2 hari... kene plak hari Ahad semalam sunny day... apa lagi... mmg sesi balas dendamlah. Tapi tak abis jugak, sambung hari nie dan esok dan lusa dan tulat dan lagi dan lagi ... banyaknya!!!

Anis plak dalam mood yang elok... samalah dgn mamanya, bila cerah ajer terasa happy (otak pun mulalah dok pikir nak bejalan lagi ) ok nie ada sket gambar semalam punya.... layan ajelah yer....



*** lada nie bukan lada plastik tau... tak pernah cuba lagi murah aje... beli kat market pat bijik sepound







Saturday, 29-Mar-2008 20:22 Email | Share | | Bookmark
Ta-ta 'Winter'

Hari ni merupakan hari terakhir berada dalam musim sejuk... mulai esok kita ucapkan hai-hai pada spring/summer, tp bukan bermakna dah tak sejuk lama lagi nak tunggu betul2 panas. Cuma harapnya cuaca lebih baik selepas ni, dan Anis berdoa moga takde banjir besar berlaku tahun nie. dan mulai esok jam akan dicepatkan ke depan satu jam, maknanya beza antara UK dgn M'sia lepas nie 7 jam ajer. Anis pun tak tau kenapa diorang nie suke2 aje ubah jam... tp mama ckp mungkin nak bg peluang Anis tido lama sket sbb kalau ikut jam skrg nie pukul 5.30 pg dah cerah... Anis pun dah tak bleh tido waktu tue.

Jadi hari nie sempatlah Anis ajak papa & mama ke park menikmati udara segar sambil jalan-jalan penatkan badan. Layanlah foto-foto Anis ni yer... hasil 'tangkapan' jurugambar peribadi Anis















Friday, 28-Mar-2008 11:51 Email | Share | | Bookmark
Anis 22 bulan

Lagi dua ulan aje nak sambut b'day kedua Anis... dah besar anak papa nie.... macam2 dah tahu, macam2 dah boleh sebut dan macam2 peelnya. Pening mama nak melayannya Antara nya (yang mama ingatlah- time nak tulis nilah lupa plak) :

dah jadi pemalu plak dgn org yang tak dikenali, mulalah nak sembunyi belakang mama tapi kejap ajer..
banyak cakap... pot-pet-pot-pet cam murai... kekadang faham apa yang diboraknya, tapi selalunya tak fahamlah ... mama nak kene masuk skolah blaja bhs budak2 baliklah cenggini
Suka akan buku... bila jumpa buku ajer, mulalah membaca... cot-cet-cot-cet bunyinya.... kalau tengok gaya Anis pegang buku dan cara dia baca tu dah macam budak besar plak ... ma&pa pasang telinga ajelah nengok aksi dia membaca (sekurang2nya dah ada minat suka membaca dalam diri Anis... bagus2)
kurang makan, banyak main. Paling suka makan mee, carrot dgn sop.
dah taknak duduk kat stroller & carseat... bikin mama panas hati ajer sebabnya bila dah penat mama yang kene dukung
pandai pasang sendiri dvd dan tv... alih2 sayup2 dengar tv dah dok nyanyi plak
kalau tak blh buat sesuatu mula la menjerit kes nak mintak tolong lah ni
teramatlah manja... kalau kene marah sket mulalah gi jauh2, atau ckp 'no no no' (maknanya 'jangan marah Anis' lah tu)
bahasakan diri dia 'ANIS', kalau tanya sapa Anis... akan jawab 'SAYA' (guna sebutan baku ye) blh jugak tunjuk pipi dia dan cakap 'Anis'

tu jelah yang mama ingat buat masa nie. Entry Legoland akan bersambung tak lama lagi. Sekarang mama tengah kemaruk dok catch-up 'Bella' saja tak tengok awal2 sbb malas nak tunggu tiap2 hari




[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net